II430: MEE KULIT PISANG

Nurul Alia Syaneerah Binti Azmi Kolej Vokasional Betong

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.2715 | 41 Likes | 151 Views | 46 times | LS: 98.1
Like it? | Support them now!

Produk ini diberi nama mee kulit pisang yang menggunakan kulit pisang sebagai bahan utama yang akan digabungkan dengan bahan-bahan lain seperti tepung gandum, air biasa, air kapur, garam dan minyak masak untuk menghasilkan sejenis mee. Tercetusnya idea untuk membuat produk ini adalah disebabkan oleh peningkatan sisa buangan isi rumah. Seterusnya, ia juga dapat mengurangkan pembaziran dan masalah kebersihan yang disebabkan oleh sisa buangan. Hasil produk telah dihantar ke makmal untuk mendapatkan kandungan nutrisi dan borang soal selidik telah diedarkan kepada tiga pakar untuk mendapatkan pengesahan mengenai nutrisi yang terkandung di dalam produk. Pakar telah mengesahkan bahawa produk ini selamat untuk dimakan. Berdasarkan keputusan dari makmal, jumlah protein yang terkandung di dalam mee ialah sebanyak 9.5 gram. Selain itu, kandungan tenaga sebanyak 290 kcal manakala kandungan karbohidrat ialah 63 gram. Seterusnya, kandungan sodium bagi produk ini ialah 26 gram dan kandungan gula pula sebanyak 8.6 gram. Akhir sekali, kandungan serat ialah 1.7 gram. Kandungan nutrisi ini ialah jumlah keseluruhan daripada 100 gram.