II439: JOW (JOURNEY OF WATER)

AFIQ FIRDAUS BIN OTHMAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.1087 | 5 Likes | 46 Views | 39 times | LS: 44.5
Like it? | Support them now!

Projek animasi 3D Journey Of Water (JOW) adalah satu medium pembelajaran berkenaan dengan kitaran air yang terdapat dalam subjek sains sekolah rendah tahun 5 dan disampaikan melalui media digital. Antara faktor dibangunkan projek ini kerana kebanyakan video animasi di platform digital hanya terdapat dalam 2D dan Kurangnya berbentuk 3D. Selain itu juga, pelajar akan lebih memahami pembelajaran dalam bentuk video berbanding dengan pembacaan buku. Video yang telah ada kebanyakannya juga kurang menarik dan telah lama menyebabkan ia dibangunkan. Animasi ini menceritakan bagaimana proses kitaran air berlaku secara semula jadi dengan melibatkan beberapa watak dalam penceritaan dan mampu menarik minat serta memberi impak yang baik kepada pelajar. Objektifnya ialah menghasilkan video berbentuk 3D disamping memberi pilihan video 3D kepada pelajar seiring dengan teknologi terkini. Dibangunkan dengan berpandukan model ADDIE. Fasa yang terlibat iaitu fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan sehinggalah fasa penilaian. Menggunakan perisian Autodesk Maya 2020, perisian Adobe Photoshop CC 2020 untuk menghasilkan texture, Perisian Adobe After Effect CC 2020 dan Adobe Premire Pro CC 2020 untuk proses suntingan video. Animasi 3D JOW akan menjadi pilihan dalam memberi pembelajaran kepada pelajar disamping dengan pembacaan buku dan ia mampu dikomersialkan dengan memperoleh pendapatan melalui penjualan langsung serta mendapat income menerusi youtube.