II441: MINI CONCRETE MIXER

WAN NUR ANIS WAN AFTHANORHAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.2063 | 13 Likes | 63 Views | 31 times | LS: 46.7
Like it? | Support them now!

Mini concrete mixer merupakan satu produk inovasi yang dihasilkan bagi memudahkan kerja-kerja pembancuhan simen. Alat yang dihasilkan telah mengambil kira beberapa faktor seperti penjimatan masa, mudah dikendalikan serta menjimatkan tenaga. Alat pembancuh konkrit mini mampu menampung bancuhan simen seberat 7kg sahaja. Alat ini direka dengan saiz yang lebih kecil bagi memudahkan pengendalian pelajar semasa kerja-kerja amali di bengkel. Tong bancuhan simen akan berputar pada sudut 360º dengan kecondongan 45º. Bilah yang terdapat pada bahagian sisi dalam tong akan membantu bancuhan simen untuk menjadi lebih sekata. Mesin ini senang dibawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil dan ringan. Roda yang dipasang pada alat ini membantu pergerakan serta menjadikannya bersifat mudah alih. Mesin yang telah dihasilkan telah diuji terhadap 57 orang responden yang terdiri dari tahun 1 SVM dan 2 SVM kursus Teknologi Pembinaan. Hasil analisis mendapati pelajar berpuas hati dengan penggunaan alat ini semasa kerja-kerja amali.