II442: F'ANALYZER

CHAU JUN YI KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.2857 | 2 Likes | 7 Views | 14 times | LS: 16.6
Like it? | Support them now!

Dalam Kursus Perakaunan Kewangan 3, terdapat pelajar yang lemah dan sukar dalam menganalisis dan mentafsir jalan kerja kaedah analisis. Selain itu, pelajar juga sukar dalam merekod hasil dan perbelanjaan bagi perniagaan yang mempunyai rekod tidak lengkap . Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, satu inovasi telah dihasilkan yang diberi nama F’Analyzer. Objektif inovasi F’Analyzer adalah untuk membantu pelajar menganalisis dan mentafsir hasil dan perbelanjaan bagi perniagaan yang mempunyai rekod tidak lengkap dengan lebih mudah dan berkesan. Inovasi F’Analyzer juga dapat membantu pelajar untuk merekod jalan kerja kaedah analisis dengan lebih mudah. Di samping itu, ia juga dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dengan lebih berkesan dalam Kursus Perakaunan Kewangan 3 ini. Kelebihan inovasi ialah mewujudkan kecekapan dalam menganalisis jalan kerja transaksi dalam perniagaan menggunakan kaedah analisis. F’Analyzer dihasilkan daripada advanced Microsoft Excel yang mengandungi formula yang boleh merekod secara automatik analisis transaksi perniagaan dengan cekap, mudah dan pantas. F’Analyzer juga memenuhi kriteria pembelajaran abad ke-21 yang lebih sesuai kepada pelajar-pelajar pada masa kini kerana ianya zero kos dan dapat diakses pada bila-bila masa. Hasil daripada ujian pos mendapati bahawa pelajar lebih yakin dalam merekod transaksi perniagaan untuk menghasilkan penyata kewangan yang lengkap.