II444: SABUN SKRUB HAMPAS TEH HIJAU DAN ARANG

FATTIN AINUR KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 60 times | LS: 60.0
Like it? | Support them now!

Sabun skrub ini ini dihasikan dengan menggunakan hampas teh hijau dan arang. Teh hijau ini mempunyai sifat antioksidan yang boleh mencegah penuaan. Produk ini dihasilkan untuk mengatasi masalah kulit dan keradangan jerawat serta kulit berminyak. Tercetusnya idea untuk menghasilkan produk ini adalah kerana produk di pasaran pada masa kini mengandungi bahan kimia yang terlarang. Produk ini dihasilkan daripada bahan buangan iaitu hampas teh hijau. Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah kulit muka berminyak dan keradangan jerawat. Metodologi yang digunakan untuk menghasilkan produk ini adalah kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif ini menggunakan borang maklum balas yang diisi oleh 3 orang testimoni. Kaedah ini digunakan untuk mengukur tahap kebersanan produk selepas menggunakan produk selama 3 bulan. Borang soal selidik digunakan dalam kaedah kuantitatif. Kaedah ini adalah digunakan untuk mengukur tahap penerimaan produk sabun skrub hampas teh hijau dan arang. Besar harapan saya dengan adanya produk inovasi ini dapat menyelesaikan masalah kulit berminyak dan berjerawat.