II51: REDSTORM

Ts. AZRI SAID KOLEJ VOKASIONAL MIRI

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.1000 | 6 Likes | 60 Views | 110 times | LS: 116.6
Like it? | Support them now!

Masalah ketagihan gadget atau peranti pintar dalam kalangan pelajar di institusi pendidikan semakin merunsingkan dan memberi impak yang negatif terhadap amalan pembelajaran dan keputusan peperiksaan akhir. Bertitik tolak daripada kerunsingan guru dalam hal ini, maka pembangun projek ini telah membangunkan sebuah inovasi yang dapat membantu guru menangani masalah ini disamping menarik minat serta motivasi pembelajaran kendiri dalam kalang pelajar. Redstorm, iaitu sebuah aplikasi permainan berkomputer dibangunkan hasil daripada analisis keperluan masalah yang dijalankan oleh kumpulan pembangun projek ini yang mendapati pelajar menginginkan sebuah pembelajaran teori yang lebih santai namun efektif terhadap objektif pembelajaran. Maka, terciptalah sebuah aplikasi permainan berkomputer yang mensasarkan pelajar yang menghadapi masalah untuk fokus semasa sesi pengajaran di dalam bilik darjah bagi topik pengkabelan rangkaian komputer. Metodologi Model ADDIE digunakan sepenuhnya sebagai model untuk pembangunan projek ini. Sebanyak 10 level permainan dibangunkan dengan menetapkan tahap kesukaran dan misi yang berbeza pada setiap level selain setiap pemain perlu menjawab semua soalan latihan dengan betul sebelum mereka boleh ke peringkat permainan seterusnya. Ciri terbaik di dalam permainan ini adalah pemain perlu menjawab semua soalan teori dengan betul dan sehingga betul sebelum mereka boleh bergerak ke tahap permainan yang lebih mencabar dan paparan leaderboard secara atas talian yang dapat memahatkan nama setiap pemain dengan kepantasan menjawab soalan dan permainan. Hasil tinjauan terhadap tahap kepuasan penggunaan dalam kalangan pelajar mendapati mereka dapat meningkatkan tahap pemahaman, motivasi belajar serta ingatan jangka panjang terhadap item-item teori bagi topik pengkabelan rangkaian komputer melalui aplikasi permainan ini. Aplikasi ini boleh dimuatturun secara percuma oleh pelajar-pelajar berdaftar bagi program Diploma Teknologi Maklumat di KV Miri.