II63: PENCUCI MUKA BERASASKAN KULIT NENAS

NURHIMA BINTI JIMY KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.1103 | 16 Likes | 145 Views | 166 times | LS: 183.8
Like it? | Support them now!

Kajian ini merupakan salah satu usaha untuk menghasilkan sabun pencuci muka berasaskan kulit nenas. Kajian bertujuan untuk menghasilkan produk pencuci muka berasaskan kulit nenas yang mampu mengatasi masalah kulit berjerawat, memutihkan kulit muka dan produk yang berkesan serta diterima pengguna. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap berkesanan pencuci muka kulit nenas terhadap pengguna yang mempunyai masalah kulit berjerawat dan tahap penerimaan pengguna terhadap pencuci muka berasaskan kulit nenas. kulit nenas mengandungi sebatian antibakteria, flavonoid, alkaloid, tanin, dan steroid yang bermanfaat pada kulit dan mampu mengatasi jerawat kerana mengandungi bromelain yang terkenal dengan pengelupasan. Pengelupasan semula jadi ini dapat menanggalkan sel-sel kulit mati dengan lembut, membuka pori-pori dan membuat kulit licin. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 90% bersetuju bahawa sabun pencuci muka kulit nenas mudah digunakan dan berkesan. Secara Keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan 90% responden menerima sabun pencuci kulit muka. Kesimpulannya, kulit nenas boleh digunakan dalam penghasilan sabun pencuci kulit muka.