II73: NETWORKING PIXEL SIMULATOR

Ts. AZRI SAID KOLEJ VOKASIONAL MIRI

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0685 | 5 Likes | 73 Views | 92 times | LS: 97.3
Like it? | Support them now!

Tempoh pembelajaran di kolej vokasional yang agak panjang serta masalah fokus untuk pembelajaran teori dalam bidang rangkaian komputer merupakan masalah yang sering dihadapi di Kolej Vokasional Miri. Kebanyakan pelajar mempunyai masalah untuk fokus serta cepat merasa bosan ketika sesi kuliah. Bertitik tolak daripada kerunsingan guru dalam hal ini, maka pembangun projek ini telah membangunkan sebuah inovasi yang dapat membantu guru menangani masalah ini disamping menarik minat serta motivasi pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar. Networking Pixel Simulator, iaitu sebuah aplikasi simulator rangkaian dibangunkan hasil daripada analisis keperluan masalah yang dijalankan oleh kumpulan pembangun projek ini yang mendapati pelajar menginginkan sebuah pembelajaran amali yang lebih santai namun efektif terhadap objektif pembelajaran. Maka, terhasillah sebuah aplikasi simulator berkomputer yang mensasarkan pelajar yang menghadapi masalah untuk fokus semasa sesi pengajaran di dalam bilik darjah bagi topik pengkabelan rangkaian komputer. Metodologi Model ADDIE digunakan sepenuhnya sebagai model untuk pembangunan projek ini. Sebanyak 5 tugasan kemahiran pengkabelan rangkaian komputer telah dibangunkan dengan memberi bimbingan dan panduan yang lengkap kepada pelajar untuk diikuti. Paparan leaderboard selepas pelajar selesai melaksanakan semua tugasan dapat dilihat dengan memasukkan nama mereka berdasarkan kepada kepantasan masa mereka menyelesaikan setiap tugasan Kemahiran tersebut. Hasil tinjauan terhadap tahap kepuasan penggunaan dalam kalangan pelajar mendapati mereka dapat meningkatkan tahap pemahaman, kemahiran, motivasi belajar serta ingatan jangka panjang terhadap tugasan-tugasan amali pengkabelan rangkaian komputer melalui aplikasi simulator ini. Aplikasi ini boleh dimuatturun secara percuma oleh pelajar-pelajar berdaftar bagi program Diploma Teknologi Maklumat di KV Miri.