EI84: I- Tulis

EDZLYN LADUNI SK TIMBUA RANAU

MIIX24 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 31 Views | 89 times | LS: 89.0
Like it? | Support them now!

I-Tulis merupakan sebuah inovasi yang diinspirasikan daripada permainan interaktif ‘Roblox’ iaitu permainan dalam talian. Nama inovasi i-Tulis bermaksud pembelajaran interaktif bagi kemahiran menulis. Sasaran inovasi ini adalah murid pemulihan SK Timbua Ranau seramai 11 orang. Objektif Inovasi ini adalah meningkatkan kemahiran menulis huruf dengan betul dan meningkatkan minat murid belajar kemahiran menulis. Data peningkatan penguasaan kemahiran menulis murid diperolehi melalui perbandingan hasil kerja murid sebelum dan selepas menggunakan inovasi i-Tulis. Impak daripada Inovasi ini adalah terdapat peningkatan dari segi penguasaan kemahiran menulis huruf dengan betul dan peningkatan minat murid belajar kemahiran menulis. Inovasi ini telah disebar luas kepada 5 buah sekolah dan 1 agensi KEMAS di daerah ranau, 1 buah sekolah di luar daerah iaitu di Tambunan, Kota Marudu dan Kota Kinabalu. Inovasi ini berpotensi tinggi disebar luas kerana berkonsepkan didik hibur dan menyokong 7 teras KPM iaitu pendigitalan di dalam pendidikan.