EI85: RPH PRO PLUS

SUSANNA SUHAIMIN SK TIMBUA RANAU

MIIX24 | Expert Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 18 Views | 64 times | LS: 64.0
Like it? | Support them now!

RPH Pro Plus merupakan inovasi pendigitalan Rancangan Pengajaran Harian guru. RPH Pro Plus ini dibangunkan menggunakan perisian AppSheet. Isu penyediaan format RPH yang tidak seragam, penghantaran RPH bagi 34 orang guru yang tidak konsisten dan pembaziran kertas telah membawa kepada pembangunan inovasi ini. Objektif inovasi ini ialah untuk meningkatkan kualiti penyediaan rancangan pengajaran harian dan tahap kekerapan penghantaran Rancangan Pengajaran Harian guru di SK.Timbua, Ranau. Data peningkatan kualiti penyediaan rancangan pengajaran harian diukur melalui temubual dan keseragaman format yang digunakan manakala peningkatan tahap kekerapan penghantaran rancangan pengajaran harian pula diukur melalui pola penghantaran rancangan pengajaran harian sebelum dan selepas pelaksanaan inovasi ini. Graf analisis dapatan menunjukkan peningkatan yang amat signifikan pada kualiti penyediaan rancangan pengajaran harian dan tahap kekerapan penghantaran Rancangan Pengajaran Harian guru di SK.Timbua, Ranau selepas penggunaan aplikasi. RPH Pro Plus berpotensi tinggi untuk disebar luas kerana ianya berkonsepkan digital, mudah dicapai, menjimatkan masa dan sangat releven.