II90: SPACENET

Ts. AZRI SAID KOLEJ VOKASIONAL MIRI

MIIX24 | Intermediate Innovator

CR: 0.0465 | 2 Likes | 43 Views | 125 times | LS: 127.1
Like it? | Support them now!

Pelajar kolej vokasional seperti diketahui merupakan golongan yang sederhana dalam bidang akademik. Bagaimanapun, mereka masih perlu melalui pembelajaran bagi kursus-kursus akademik antaranya adalah Matematik Diskrit. Justeru, guru mempunyai masalah kritikal dalam menyampaikan isi pelajaran bagi topik Teori Graf dan Pokok yang memerlukan daya konsentrasi, pemikiran logik serta daya kognitif yang sangat tinggi. Pelajar menghadapi masalah untuk fokus, selain tidak berminat dengan matapelajaran ini di dalam bilik kuliah. Masalah ketagihan gadget serta tempoh pembelajaran yang panjang di kolej vokasional adalah antara masalah yang menyumbang kepada pembelajaran bagi kursus ini. Atas dasar itulah, pembangun inovasi ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi permainan berkomputer yang bukan sahaja menyediakan nota pembelajaran yang ringkas dan padat tetapi turut menyediakan slot permainan kepada pelajar. Uniknya aplikasi ini, pelajar turut diberikan latihtubi untuk menguji tahap pemahaman pelajar. Selain itu, bagi meningkatkan tahap motivasi serta daya saing dalam permainan ini, inovasi ini turut memaparkan score leaderboard atau paparan papan skor bagi pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul. Ia secara tidak langsung meningkatkan persaingan bagi memastikan nama mereka tersenarai di dalam papan skor tersebut. Aplikasi ini disediakan secara percuma melalui web portal yang dibangunkan oleh pembangun inovasi. Aplikasi ini dibangunkan sepenuhnya menggunakan perisian pengaturcaraan G-Develop dan menggunapakai Model ADDIE sebagai kaedah pembangunan. Pada fasa akhir pembangunan, pembangun aplikasi juga turut mendapatkan maklumbalas tahap kepuasan pengpembangun aplikasi juga turut mendapatkan maklumbalas tahap kepuasan pengguna dengan mengedarkan soalan soal selidik kepada para pelajar dan hasilnya, majoriti atau lebih 80% pelajar berpuas hati dengan aplikasi ini kerana berjaya meningkatkan motivasi, minat serta pencapaian mereka di dalam ujian PB.