EI91: Pengaplikasian Road 2 De4bUT'S

ZAIMAH BINTI ABDULLAH IPGM KAMPUS DARULAMAN

MIIX24 | Expert Innovator

CR: 0.0385 | 1 Likes | 26 Views | 115 times | LS: 116.0
Like it? | Support them now!

Pengaplikasian Road 2 De4But’s merupakan satu kaedah untuk meningkatkan keyakinan berinteraksi dan motivasi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Sejarah menggunakan Road 2 De4But’s. Pengkaji telah mencipta satu alat atau intervensi pemudahcara bagi meningkatkan keyakinan diri dan motivasi kepada sasaran terbabit. Intervensi ini dinamakan Road2De4But’s. Intervensi ini dicipta menggunakan Genially yang menggabungkan beberapa aplikasi seperti Wordwall (pemilihan giliran sasaran), Genially (soalan dan jawapan kursus), video youtube (pengisian motivasi), padlet (refleksi kendiri) dan quizizz (penilaian kursus). Genially ialah alat web yang terbaik untuk mewujudkan kandungan interaktif yang menarik berupa visual (gambar infografik, e-poster, persembahan video, kuiz) kepada pengguna tanpa kemahiran pengaturcaraan (Azizah, 2020). Topik Kerajaan Awal sebelum kedatangan British dalam kursus SJHK3013 iaitu Sejarah Politik Tanah Melayu sehingga Awal abad ke -20 yang dijadikan kajian dalam pengaplikasian intervensi ini. Justifikasi pemilihan intervensi ini merupakan ansur maju yang merangkumi langkah-langkah bagi membina interaksi yang berkesan dan motivasi yang tinggi dalam diri sasaran. Road 2 bermaksud perjalanan menuju ke destinasi yang paling mudah, sederhana dan terakhir perjalanan yang sukar bagi membina keyakinan diri sasaran. Situasi ini kerana pelajar kurang memberikan respon ketika berinteraksi jika disoal secara individu. Hanya pelajar yang aktif sahaja akan berulang kali memberikan maklum balas positif. Pelajar dikenal pasti kurang bermotivasi untuk mengembangkan idea secara kritis berdasarkan soalan yang dikemukakan. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti respon efektif dalam berinteraksi dan keyakinan diri yang tinggi oleh pelajar dengan kadar segera apabila disoal serta memastikan pensyarah berupaya memberikan motivasi yang berkesan kepada pelajar yang pasif.